Anjing pemburu triwarna Serbia
Anjing pemburu triwarna Serbia

Anjing pemburu triwarna Serbia

Anjing pemburu triwarna Serbia ([српски тробојни гонич, srpski trobojni gonič, тробојац, trobojac] error: {{lang-xx}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan); Bahasa Inggeris: Serbian tricolour hound; Bahasa Jerman: dreifarbiger serbischer Laufhund) ialah satu baka anjing jenis hound. Dahulu dipanggil anjing pemburu triwarna Yugoslavia ([југословенски тробојни гонич, jugoslovenski trobojni gonič] error: {{lang-xx}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan); Bahasa Inggeris: Yugoslavian tricolour hound; Bahasa Jerman: dreifarbiger jugoslawischer Laufhund) namanya diubah untuk kejelasan selepas perpecahan Republik Bersekutu Sosialis Yugoslavia pada 1991. Baka ini pertama kali dipamerkan dalam pertunjukan pada 1950. Pada satu masa ia dianggap sebagai keragaman anjing pemburu Serbia, tetapi diiktiraf oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa sebagai baka terpisah pada 1961.[1]Anjing pemburu triwarna Serbia ialah anjing pemburu bau sederhana-besar yang dibiakbakakan sebagai anjing pelari (bebas berlari untuk mencari buruan dengan sendiri, tanpa cawak). Ia digunakan terhadap babi jalang atau babi hutan dan buruan besar lain serta kelinci dan rubah.Anjing pemburu triwarna Serbia ialah baka penyayang yang menyayangi tuannya tanpa pertanyaan dan akan setia berdiri di samping tuannya sepanjang hidupnya. Ia merupakan baka baik tetapi juga merupakan pemburu kuat yang melakukan kerja dengan sangat baik di padang dan merupakan teman pemburu sangat berjaya selama bertahun-tahun.

Anjing pemburu triwarna Serbia

Negara asal  Serbia
FCI Kumpulan 6 Seksyen 1 #229
Pengelasan dan piawaianFCI
Pengelasan dan piawaian
FCIKumpulan 6 Seksyen 1 #229(Piawaian)
Nama lain Anjing pemburu triwarna Yugoslavia